Total Facilities Management- Sekalung Penghargaan dari CEFM kepada Global Facilities Management Sdn. Bhd.

Monday, April 18, 2011








 Tarikh:12 April 2011
Masa- 2.30 petang – 5.30
Bertempat di: Bilik Mesyuarat Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina, UTHM

Mesyuarat selama tiga jam ini melibatkan Ketua CEFM, Prof Madya Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff bertindak sebagai pengerusi majlis, jurutera elektrik UTHM,  Encik Shukur bin Saleh, Arkitek Bahagian Pembangunan dan Fasiliti; Puan Yusnorsyazana binti Mohd. Yunos, Tn. Haji Zainuddin selaku juruteknik kanan, ahli-ahli CEFM iaitu Cik Irsalina Suria Ismail, Cik Siti Fairus binti Ahmad, Encik Ezhwan Nur bin Arshad dan Cik Ihfasuziella binti Ibrahim.

Encik Wan Azli selaku Ketua Pembangunan Bisnes Global Facilities Management memberikan penerangan berkenaan organisasi syarikat, skop pekerjaan dan portfolio pengurusan. Global Facilities Management Sdn. Bhd. telah menerima anugerah Best Bang For Buck daripada Frost & Sullivan 2007 serta akreditasi ISO 9001, ISO 14001 dan OHSAS 18001 dari Bureau Veritas Certification. Lebih membanggakan kerana ia merupakan satu-satunya syarikat pengurusan fasiliti ditubuhkan anak-anak Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa. Selain di Malaysia, GFM Sdn. Bhd. bergerak aktif di negara Timur Tengah

Ahli CEFM diberikan taklimat berkenaan pengurusan fasiliti secara berkesan yang meliputi tugas dari bermulanya pembinan sebuah bangunan sehinggalah tahap operasi dan penyelenggaraan. En. Mohammad Shaharizal bin Mohammad Idris selaku pengarah eksekutif Global Facilities Management menerangkan tentang peranan seorang pengurus fasiliti dan pengalamannya sepanjang berkhidmat dalam bidang swasta. Beliau juga adalah salah seorang tulang belakang kepada konferens National Facilities and Asset Malaysia ( NAFAM) pada tahun 2009.

Semoga dengan terikatnya perjanjian MOU (Memorandum of Understanding) antara CEFM (Center of Excellence for Facilities Management) dengan Global Facilities Management ini akan membolehkan penyelidikan usaha sama antara organisasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan pihak swasta dijalankan dengan jayanya.


0 comments: