Fire Issues in Strata Property

Thursday, March 17, 2011

What is strata property?


Strata property defined as building or collection of buildings where individuals with their small portion of their own known as lot but shares the ownership of common possessions such as walls, windows, roofs, driveways, fences, lawns, swimming pool and gardens, etc. Many people think strata properties are high rise buildings and vertical blocks of flats but keep in mind that townhouse and villa developments (the one level) also included in the strata schemes.

Being strata manager is not an easy task especially when you have to deal with various type of people living in the same block. Adheres to fire safety regulation is important, not because it is stated in the Act but this regulations ensured the safety of hundreds of lives in the building if the fire occurs. In strata properties the common cause of fire is electrical, usually related to cooking or heating equipment misuse and/or failure (Broadhead, R., 2010). In Malaysia, under the Strata Titles Act, it is mandatory for the Management Corporation (MC) of buildings such as apartments and condominiums to purchase fire insurance for the whole building. The individual unit owner is required to pay to the MC his respective premium portion.

 Prevention is Better Than Cure

As facility manager, these several actions shall be taken into consideration:

  1. Portable Fire Equipments,
  2. Alarms and Evacuation System
  3. Fire Safety Training,
  4. Fire Sprinkler System,
  5. Passive fire products. 


In minimizing risk, the key point is to prevent fire from starting or stop them if they are already spreading. The materials made to make wall, window and door frames may help to slow down or stop the fire from expand to other lots. Make sure the alarm is sensitive enough to identified the fire but not a false-alarm of people cooking with lots of smoke from their cooking pots. Property manager shall be alert whether to change it to better quality but not totally removed it from the properties. 



summarized from http://www.hba.org.my/faq/fire.htm
http://www.wormald.com.au/industry-capabilities/strata-buildings
http://www.fairtrading.nsw.gov.au/pdfs/About_us/Publications/ft045.pdf
\

Sembang-sembang Sarjana 3 Mac 2011

Wednesday, March 9, 2011

Bagi memantapkan kaedah pembentangan pelajar-pelajar Sarjana, program Sembang-sembang Sarjana bagi 2011 diteruskan dengan pra-pembentangan oleh Ezhwan Nur Arshad dan Mohd. Firdaus bin Ismail. Program dijalankan pada setiap hari Jumaat dan bermula pada pukul 3.00 petang berjaya memberi pendedahan awal berkenaan kaedah membentang laporan perkembangan projek setiap semester dan sesi VIVA bagi pelajar Tahun Akhir. 


Seterusnya setiap pelajar diberikan kritikan dari segi lenggok bahasa, pengisian dan penyampaian maklumat berkenaan kajian masing-masing. Ezhwan membentangkan penyelidikan berkenaan Kualiti Hidup Masyarakat di Nusajaya dan Firdaus membentangkan berkenaan Kaedah Krisis Komunikasi dalam Pengurusan Acara/Majlis. 

Memandangkan pelajar-pelajar ini berada di dalam semester satu, maka masih awal untuk mereka membuat pembetulan sebelum laporan perkembangan penyelidikan di hantar. Pelajar-pelajar senior bertindak sebagai Fasilitator, memberikan kritikan serta pandangan dalam menambah-baik projek pelajar-pelajar junior. Program Sembang-sembang Sarjana diharapkan dapat memberikan pelajar-pelajar di bawah naungan CEFM agar lebih berani dan yakin serta tidak melakukan kesilapan yang kerap dilakukan oleh penyelidik-penyelidik sebelumnya. 


Tahniah ahli CEFM!

Tuesday, March 1, 2011

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar dengan nama seperti di bawah:


Ronny Nasrun Adnan,
Nurbaity Aqmar binti Mahamud, dan
Siti Nurhidayah bt H. Nurman S.


 yang juga ahli CEFM yang selesai menamatkan pengajian mereka sebagai pelajar Doktor Falsafah dan Sarjana (penyelidikan) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. Pelajar-pelajar tersebut berada di bawah penasihatan Sr. Dr. Zahari Wan Yusoff telah selesai menempuh VIVA (disertasi terakhir) sepanjang Februari 2011. Dr Ronny Nasrun Adnan dianugerahkan Sarjana Kedoktoran Pengurusan Hartanah dan Fasiliti manakala Cik Nurbaity Aqmar Mahamud dan Puan Siti Nurhidayah bt H. Nurman S. bakal dianugerahkan Sarjana Pengurusan Hartanah dan Fasiliti. 


Ucapan dari kami, warga CEFM:


Anda semua pejuang akademik yang gagah bertarung di media pergelutan ilmu. Semoga kalian tidak gentar untuk meneruskan perjuangan tanpa sempadan ini. 

Sasaran Kerja Tahunan 2011

Februari 2011



Ahli CEFM telah merangka beberapa aktiviti untuk dijalankan sepanjang 2011. Kebanyakan aktiviti pada tahun ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar serta penglibatan organisasi kerajaan dan swasta. Memandangkan terdapat ahli-ahli lama yang telah bergaduasi, maka terdapat sedikit rombakan dilakukan pada struktur organisasi CEFM. Bagi mengukuhkan kewangan pusat kecemerlangan ini, Ketua Pusat merancang untuk setiap ahli memohon geran penyelidikan seperti geran jangka pendek, geran insentif siswazah, Fundamental Research Grant Scheme serta Exploratory Research Grant di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 

Tahun 2011 menghimpun program-program berbentuk ilmiah dan latihan kepada pelajar-pelajar penyelidikan serta latihan pengurusan cukai kepada staf-staf pihak berkuasa tempatan. bagi mendukung misi fakulti dalam memperkukuh kursus baru yang ditawarkan, beberapa lawatan industri dan lawatan ke pusat pengajian tinggi bakal diadakan untuk melihat sendiri bagaimana menggerakkan Jabatan Pengurusan Fasiliti secara efektif.

Sasaran penerbitan dan penulisan berimpak tinggi turut diketengah bagi tahun 2011. Seramai lapan orang pelajar sarjana dan seorang pelajar Doktor falsafah akan menghantar kertas penyelidikan kepada institusi dan organisasi dalam Malaysia serta antarabangsa untuk mengembangkan ilmu berkenaan pengurusan fasiliti mengikut perspektif dan teknologi terkini. 

Didoakan semoga semua perancangan CEFM tahun 2011 bakal terlaksana sekaligus menghidupkan semula pusat kecemerlangan pengurusan fasiliti yang satu-satunya terdapat di Malaysia. Penglibatan semua pihak amat dialu-alukan agar cita-cita menjadikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sebagai hub pengembangan ilmu serta praktis bagi pengurusan fasiliti di Malaysia tercapai.