Sasaran Kerja Tahunan 2011

Tuesday, March 1, 2011

Februari 2011



Ahli CEFM telah merangka beberapa aktiviti untuk dijalankan sepanjang 2011. Kebanyakan aktiviti pada tahun ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar serta penglibatan organisasi kerajaan dan swasta. Memandangkan terdapat ahli-ahli lama yang telah bergaduasi, maka terdapat sedikit rombakan dilakukan pada struktur organisasi CEFM. Bagi mengukuhkan kewangan pusat kecemerlangan ini, Ketua Pusat merancang untuk setiap ahli memohon geran penyelidikan seperti geran jangka pendek, geran insentif siswazah, Fundamental Research Grant Scheme serta Exploratory Research Grant di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 

Tahun 2011 menghimpun program-program berbentuk ilmiah dan latihan kepada pelajar-pelajar penyelidikan serta latihan pengurusan cukai kepada staf-staf pihak berkuasa tempatan. bagi mendukung misi fakulti dalam memperkukuh kursus baru yang ditawarkan, beberapa lawatan industri dan lawatan ke pusat pengajian tinggi bakal diadakan untuk melihat sendiri bagaimana menggerakkan Jabatan Pengurusan Fasiliti secara efektif.

Sasaran penerbitan dan penulisan berimpak tinggi turut diketengah bagi tahun 2011. Seramai lapan orang pelajar sarjana dan seorang pelajar Doktor falsafah akan menghantar kertas penyelidikan kepada institusi dan organisasi dalam Malaysia serta antarabangsa untuk mengembangkan ilmu berkenaan pengurusan fasiliti mengikut perspektif dan teknologi terkini. 

Didoakan semoga semua perancangan CEFM tahun 2011 bakal terlaksana sekaligus menghidupkan semula pusat kecemerlangan pengurusan fasiliti yang satu-satunya terdapat di Malaysia. Penglibatan semua pihak amat dialu-alukan agar cita-cita menjadikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sebagai hub pengembangan ilmu serta praktis bagi pengurusan fasiliti di Malaysia tercapai. 

0 comments: