Sembang-sembang Sarjana 3 Mac 2011

Wednesday, March 9, 2011

Bagi memantapkan kaedah pembentangan pelajar-pelajar Sarjana, program Sembang-sembang Sarjana bagi 2011 diteruskan dengan pra-pembentangan oleh Ezhwan Nur Arshad dan Mohd. Firdaus bin Ismail. Program dijalankan pada setiap hari Jumaat dan bermula pada pukul 3.00 petang berjaya memberi pendedahan awal berkenaan kaedah membentang laporan perkembangan projek setiap semester dan sesi VIVA bagi pelajar Tahun Akhir. 


Seterusnya setiap pelajar diberikan kritikan dari segi lenggok bahasa, pengisian dan penyampaian maklumat berkenaan kajian masing-masing. Ezhwan membentangkan penyelidikan berkenaan Kualiti Hidup Masyarakat di Nusajaya dan Firdaus membentangkan berkenaan Kaedah Krisis Komunikasi dalam Pengurusan Acara/Majlis. 

Memandangkan pelajar-pelajar ini berada di dalam semester satu, maka masih awal untuk mereka membuat pembetulan sebelum laporan perkembangan penyelidikan di hantar. Pelajar-pelajar senior bertindak sebagai Fasilitator, memberikan kritikan serta pandangan dalam menambah-baik projek pelajar-pelajar junior. Program Sembang-sembang Sarjana diharapkan dapat memberikan pelajar-pelajar di bawah naungan CEFM agar lebih berani dan yakin serta tidak melakukan kesilapan yang kerap dilakukan oleh penyelidik-penyelidik sebelumnya. 


0 comments: