Penglibatan ahli CEFM seramai enam orang iaitu Ketua Pusat, Prof. Madya Sr Dr. Wan Zahari Wan Yusoff, dan lima orang ahli lain iaitu
Muhamad Firdaus bin Ismail
Amilia Hasbullah
Fazira bt Shafiee
Ezhwan Nur bin Arshad
Soeb bin Pawi
Nurbaity Aqmar binti Mahamud
bersama-sama sepuluh orang wakil Fakulti Pengurusan Teknologi dan Keusahawan pada 20 Julai sehingga 2 Ogos 2011 telah selamat sampai ke Arab Saudi untuk program Mobiliti Industri Timur Tengah 2011. Objektif program adalah untuk memberikan pendedahan kepada staf dan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkenaan arus kemodenan, pembangunan dan cabaran pelaburan harta tanah di Arab Saudi dan Timur Tengah.
Berikut merupakan itenari perjalanan program selama dua belas hari tersebut:
Tarikh/ Hari | Aturcara Program |
20 Julai 2011 (Rabu) | Bertolak dari UTHM ke KLIA |
21 Julai 2011 (Khamis) | Berlepas dari KLIA, Malaysia- Lapangan Terbang Jeddah- Madinah |
22 Julai 2011 (Jumaat) | Tiba di Kota Madinah-melawat Masjid Quba’ dan melawat Bukit Uhud |
23 Julai 2011 (Sabtu) | Melawat Ladang Kurma, Bukit Magnet, Kompleks Universiti Madinah |
24 Julai 2011 (Ahad) | Bergerak ke Mekah, niat di Miqat Bir Ali. Hari pertama menjalani umrah |
25 Julai 2011 (Isnin) | Melawat Masjid Al-Muhajirin, Mekah |
26 Julai 2011 (Selasa) | Lawatan ke King Abdul Aziz Road Development dan Kedutaan Besar |
27 Julai 2011 (Rabu) | Melawat Masjid Terapung, Laut Merah dan Syarikat Dallah Waste Management, Jeddah. Pertemuan dengan pelajar Ummu’Qura |
28 Julai 2011 (Khamis) | Menziarahi Jabar Sur, Jabar Rahmah, |
29 Julai 2011 (Jumaat) | Mendengar taklimat Jabal Omar di hotel Sesi taklimat Menara Jam Mekah bersama Jurutera Malaysia |
30 Julai 2011 (Sabtu) | Melawat Ladang Unta, Hudaibiyah |
31 Julai 2011 (Ahad) | Menjalani ibadah di bumi Mekah |
1 Ogos 2011 (Sabtu) | Berpuasa dan berangkat pulang dari Mekah-Jeddah-Malaysia |
0 comments:
Post a Comment